Salam. Ni kuiz pqs ke 21. format swf. Kena guna flash player. download dan cuba jawab, serta jangan lupa bagi komen. http://wanubai.fileave.com/pqs5p21.exe
Para pelajar dicadangkan supaya tidak bersusah payah menghantar attch file (dlm format msword, ms power point, dll.) Cukup hanya dlm bentuk html. Bahasa mudahnya tak payah ada attachment file. Ini sekadar cadangan, bukan arahan.
Pusat ini adalah yang pertama seumpamanya ditubuhkan di Malaysia. Ia terleatk di Universiti Malaya dan diketuai oleh pengarahnya selaku pengasasnya Prof Dato' Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff.
Buku ni sedang diuruskan pembeliannya oleh Ustazah. Sabar ye..
.
.
INFO BUKU:
* Tajuk; Revisi Syumul Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
* Penerbit; Pustaka Media Jaya.
* Penulis; Zulkifli Ahmad
* Tahun; 2010, terbit sejak 1996
* Halaman; 398
Keterangan Mengenai Buku
Buku ini mengandungi bahan-bahan yang berbentuk nota yang padat dan tepat. Pengolahannya lengkap dan mantap. Contoh-contohnya dipersembahkan dengan bernas dan tuntas. Persembahannya jelas dan kemas. Bahan latihan dan ujian berorientasikan peperiksaan yang intensif dan terkini. Inilah dia buku REVISI STUDI LENGKAP FORMULA UNGGUL PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH, siri buku rujukan SPM terbitan PUSTAKA MEDIA JAYA terkini.
Buku ini diterbitkan khusus untuk para pelajar memperkemas dan memantapkan persediaan bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan ini ia dirancang dengan begitu teliti berdasarkan sukatan pelajaran. Ia di susun mengikut tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran Tasawwur Islam yang merangkumi sukatan pelajaran Tingkatan 4 dan 5. Soalan-soalan dirancang dan diolah dengan begitu teliti, cermat, cemerlang, unggul dan menepati standard SPM. Begitu juga jawapannya dirancang dan diolah dengan sebaik rupa, cermat dan teliti agar menepati skima pemarkahan SPM.
Buku ini dihasilkan oleh pengarang yang berwibawa yang terlibat sendiri dengan pengajaran dan pembelajaran subjek ini di sekolah. Mempunyai kemahiran, berpengalaman dan kepakaran dalam sukatan pelajaran dan keperluan peperiksaan bagi menjamin buku ini lebih berkualiti.
Justeru itu tidak syak lagi buku inilah buku revisi yang dapat memperkemas dan memantapkan persediaan peperiksaan bagi memperolehi prestasi cemerlang.